About Me

My photo
hye..nma saya SITI NUR SYAKILLA.. tapi member2 panggil sy kila jek.. simple.. kila berumur 20 tahun..and bkerja sbgai guru tadika di indra mahkota 15 kuantan.. sapa2 nak daftar anak di sini blh la... ti saya sediakan alamat.. huhu..dan2 jek pr0mot..ske hati.. lala..maafla..kila ni mmg skew titik byk2..heheh...ingin kila tekan kan disini, coretan kila ni xada kne mngene taw ngn spew2 tpi lau ada yg terasa tu...renung2kan la.. bukan disengakan..malah apa yang akan kila coretkan di blog kila ni adalah untk rnungan brsama.. :)

Wednesday, December 22, 2010

"Sihir Muzik"



                                                      

Tuesday, December 21, 2010

Aku Masih Dara?? ape cer....

Hahaha..tajuk p0st niyh punye lah k0ntreversi..lalala... bukan nak cterr sal dara tpi nak cter la sikit sal satu m0vie yg baru tayang kt wyang niyh.. AKU MASIH DARA tajuknya.. m0vie ni kila baru jek tengok ngn kawan kila petang tadi.. cternye n0t bad la.. blh than jln critanya n endingnya p0n memuaskan.. tpi apa yg nak jdi k0mplen nye..pelak0n2 lam cter 2 punye lah brani mati berlak0n cam tuh.. ad0ih!! sakit bt0l hamba ni teng0k sebgai kaum yg sama dgn plak0n tuh.. apa yg nak jdi cternya..wlaupun si plak0n tu memegang wtak p0mpuan yg kire s0sial gler tpi agk2 r nak pkai cam tu..anew pegi malu mereke ni? pkai tube n sh0rt pant ats paha bt0l2 bwah bont0t.. (s0rry..agk ksar..) kalau da plakon tu mlayu dah sah2 la status beragma islam tpi aper yg kila tg0k cam da bkan owg islam jek berlk0n.. kila thu la pakaian yg dipkai dlm lk0nan da ditetapkan olh mereke2 yg bertnggungjwb tpi kita sbg manusia, masyrakat n org yg beragma islam at least kita prlu bersuara utk mndpatkn apa yg trbaik utk dri kita.. bt0l x?
      k0wang ingat xlgi kes Faizal Tahir yng digam 3 bulan tuh?? gara2 dye bkak bju atas stage mse perf0rm xpsal2 dye knew gam.. aper cer? lau nak dibandingkan dgn plak0n2 seksi nak mampus tu (pkai baju tpi cam xpkai bju) blh plak tutup sblah mata? mana keadilan msyrakat skunk? bkan kew msyarakat skunk sudah pndai mnilai dan mengkritik?? knp hal2 sebegini msih x dipandang sries? pda pendpt kila la kan... artis M'sia yg mej0riti ISLAM ni sama jek ngan artis luar ngara tuh.. klau la artis kita ni berjln diatas red karpet di anugerah 0scar asewnye da xblh beza ane satu artis Msia n ane satu artis mat saleh.. k0nklusi0n nye..sama jek..!! manusia skunk semakin m0den tapi semakin jahiliah..
       apa yg kila nak marah sgt niyh p0mpuan2 skunk mudah sgt nak di eksploitasi. b0dohnya la kaum hawa ni..hurmm..... sedih bt0l!!

Monday, December 20, 2010

kaWan qU...

Salam.. di tengah-tengah mlm yang agak buta ni terlintas plak di kpale otak kila ni nak knalkan kpada f0llowers ku member2 yg aq cyunk.. Ermm..perkenalan awal masew kami sama belajar di Tingkatan 6 thun 2010 amat istimewa.. macam2 knangan indah yg trcipta.. baik pahit atau manis.. ada jatuh moto sama-sama, ada kene dende berdri luar klas sama-sama, k0nvoi raya sama-sama and sama-sama wat pr0gram lwatan ke Perak.. smua tu menggamit mem0ri yg tak dapat kila lupakan..  semasa Ting.6 rendah kila mula berknalan dgan Zack, Syikin, Zainul dan Dayah.. bermula dari kawan biasa hubungan kami terus akrab menjadi sbuah sibling yg happening gler!! inilah mereka...


     Yang pakai baju batik tu namanya Zulhusmi Iskandar Aklma bin Bustamam.. amacam?? panjang gler nama dye.. lam kami berlima, Zack ni kira yg paling tua sebab dye lahir pd 2-1-1991.. huhu.. perangai dye cam budak skit tpi caring glerr...
     yang baju kurung pink tu namanya Syikin Bidi.. yg kedua lam kami berlima..lahir pd 22-3-1991.. muka cam sries tapi lau da knal..thu la perangai dye cam ner..huhu.. satu jek sikap dye yg paling kila tkut.. bile dye marah.. uihh..jgn la tg0r lau tak abis mlayang owg..hahaha...
       nama yg agak bajet encem ni Zainularrifina (pkai cam ala2 playan h0tel tu).. yg ketiga antra  kami berlima.. lahir blan 3, 16 arbln..suka sgt membebel..hal remeh pun cepat nak marah.. xpaham la..kalah owg pregnent.. lalala... prangai jek cam tu tpi awek c0mel gler..hahaha.... untung2... (pham2 je la ye..)
      bju kurung hitam ptih tu..pham2 je la spew...huhu.. ni kila..n kila yg keempat..sbab kila lhir blan 10.. agak lmbt la..tpi tu mnunjukkan kila ni muda dri di0wg..hahaha...xpyah la cter byk sal kila ea?? heheh..
      Nor Hidayah Ramli(bju kurung hijau)..adk yang pling b0ngsu antra kami berlima.. mana tak nye  dye lhir 23-12-1991.. memang da lat sgt tu n kompem2 la dye yg trmuda skali.. tapi prangai dye xla cam budak xckup umr.. kuat membebel niyh..sakit tinge..lalala....

Inilah kwan2 yg paling aku syang dunia akhirat.. kila harap di0wang akn bhagialah ngn hdup diowg di masa akn datang..insyallh..klu mana2 followers knal mereka2 diatas ni..kim slm kt di0wg ea?? hahaha...gedik2 jek... kila ni nak cter byk agy sal kawan kila ni tapi cam da panjag sgt jek..nak termuntah da asewnye ni...hehehe... lau adew yg berkenan...sila2 la k0men..hoh0ho...

Sunday, December 19, 2010

Marah itu Parah!!

Manusia diciptakan oleh Allah dengan memiliki berbagai-bagai bentuk emosi yang dialami oleh setiap manusia. Sifat matah ini adalah sifat semula jadi. Sifat marah berpunca daripada perasaan tekanan, merasa di zalimi, dikhianati, diperkecil dan sebagainya. Ia umpama senjata kepada manusia yang boleh membawa kpd kebaikan dan kebinasaan. Pada tahap permulaan, ia hanyalah luahan yang dilahirkan oleh seseorang dalam bentuk tindakan atau tingkah laku. Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang mana kalau tidak berbuat demikian kita akan berasa tidak selese dan resah gelisah.


BEZA ANTARA MARAH DAN PERMUSUHAN
Marah adalah berbeza daripada sifat bermusuhan yang boleh dikatakan sebagai tahap marah yang kronik. Marah ialah tindak balas yang berlaku hanya sementra, boleh dikatakan berlaku kpd smua org sebagai tindak balas ke atas sesuatu keadaan yang mengecewakan. Manakala sifat suka bermusuhan ialah perwatakan kekal yang dimiliki oleh seseorang. Menurut Imam Al-Ghazali lagi, marah itu sebenarnya cebisaan nyalaan api yang bersumber daripada api neraka yang menyala-nyala dan sampai naik ke hulu hati. Ia ibarat bara api yang bersemadi dalam lubuk hati insan, ibarat sekam bara api di bawah batu.
      Apabila perasaan marah itu membara, akan terpancarlah sifat-sifat keji yang terpendam dalam hati serta insan yang sombong dan bongkak seperti terpancarnya api daripada batu yang dipukul besi. Beliau turut mengumpamakan sifat marah itu sebagai darah yang mendidih dalam dada. Ia akan menghasilkan asap hitam yang menyembur keotak seterusnya menguasai akal fikiran manusia. Akibatnya sifat itu mempengaruhi fizikal manusia sehingga menutup mata dan menggelapkan pandangan. (ayat ini merupakan pandangn Imam Al-Ghazali..kpd sesiapa yg tidak memahami apa yg ingin disampaikan sila la baca dengan teliti.. :P)
       Allah berfirman dalam Surah Al-Fath, ayat 26 yg bermaksud : "Perhatikanlah ketika Allah membangkitkan perasaan sombong dalam hati orang yang tidak beriman kepada-Nya seperti kesombongan orang jahiliah, lalu Allah menurunkan perasaan ketenangan Nya ke atas Rasul-Nya dan keatas kaum mukminin..." Ayat ini mencela kaum musyrikin iaitu orang yang tidak beriman kpd Allah S.W.T disebabkan rasa sombong yang timbul daripada sifat marah mereka terhadap perkara yang benar dan juga salah pada mereka...

(apa yang saya c0retkan ini adalah utk kpentingan bersama...jadi renung-renungkanlah.... lau nak share lam fb p0n saya xkisah...)

Benci tapi Rindu?? urmm....

Hidup trlalu singkat utk membenci. Maafkan seseorang seperti kita memaafkan diri sendiri. Kesalahan yang besar sekali pun wajar dimaafkan apatah lagi yang sengaja diperbesarkan oleh kita sendiri. Katakan kpd dri betapa sukar sekalipun, aku wajib memaafkan. memang kadang-kala ada tingkah lakunya,tutur katanya atau sikapnya yang begitu menyakitkan hati. Ditahan-tahan rasa, ditutup-tutup mata, dipujuk-pujuk jiwa tetapi kesalahan itu terbayang dan terkenang jua. Betul tak?


ALLAH MENGUJI CINTAMU
Apabila datang perasaan semacam itu di hatimu..sedarlah ketika itu Allah sedang menguji cintamu. Pada ketika itu terukilah cinta kita, apakah benar-benar cinta kerana Allah atau cinta mengikut perasaan atau cinta nafsu? Memang orang yang paling dapat buat kita marah ialah orang yang paling kita cintai. Jadi apabila kita diuji begini katakan kepada diri. "Oh Tuhan..Kau sedang mengajarku erti cinta dan erti sabar."
       Kemaafan itu akan memberi ketengan bukan shaja kepada pasangan mu tetapi untuk diri kita sendiri. Percayalah, kebencian dan kemarahan kita terhadap seseorang (lebih-lebih lagi kpd org yg dicintai) adalah lebih menyeksa diri sendiri berbanding dia yang kita marahkan. Kemarahan umpama "bom jangka" yang menunggu saat untk meledak di dalam diri kita. Ia boleh menjelma menjadi satu penyakit cinta yang sangat menyakitkan. Nama penyakit itu ialah "benci tapi rindu". Kata ahli psikologi, apabila kita memaafkan barulah kita "bebas" daripada belenggu individu, peristiwa dan keadaan yang kita marahkan itu. Selagi belum memaafkan, selagi itulah apa yang kita marahkan sentiasa melekat pada diri dan hati kita. Kemarahan itu adalah "api" dalam hati kita. Ia panas dan membahang dalam diri. Manakala  kemaafan umpama salju dingin yang akan memadamkannya. Islam menunutut kita memaafkan musuh kita sekalipun.. Ingat!!kita tak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. Bahagia itu bukan dengan mendapat tetapi dengan memberi. Bukan hanya memberi keperluan fizikal dan material tetapi keperluan jiwa dan emosi , itulah kemaafan.
(apa yg saya coretkan ini adalah untuk renungan bersama..sya juga mengalami perkara yang sama.. perit utk memaafkan org yg telah mlukakan hati tapi ingatlah dengan memberi kemaafan hidup kita pasti akan lbih tenang.. insyaallah...)